the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Identiti lelaki maut dilanggar tren di Chemor disahkan ahli keluarga

IPOH: Identiti lelaki yang maut dilanggar tren Keretapi Tanah Melayu Berhad dalam kejadian di Kilometer 156 berhampiran sebuah kuil di Pekan Chemor pada Isnin lepas telah disahkan oleh ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata ahli keluarga mangsa berusia 38 tahun itu membuat pengecaman berdasarkan pakaian mangsa.

“Bagaimanapun sampling DNA (ujian asid deoksiribonukleik) kita ambil untuk sahkan,” katanya ringkas kepada Bernama.

Abang Zainal Abidin berkata mangsa yang juga tiada rekod rawatan mental disahkan meninggal dunia atas pelbagai kecederaan menerusi bedah siasat yang dijalankan.

Pada 26 Ogos, Abang Zainal Abidin memaklumkan polis menerima makluman berhubung kejadian itu daripada KTMB selepas pemandu tren pengangkutan awam itu memaklumkan terdengar dentuman kuat di lokasi berkenaan.

Beliau berkata tiada unsur jenayah membabitkan insiden itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings