the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas ADUN Permas Che Zakaria Mohd Salleh meninggal dunia di HSA

JOHOR BAHRU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permas Datuk Che Zakaria Mohd Salleh telah meninggal dunia pada usia 64 tahun di Hospital Sultanah Aminah.

Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira 9.50 malam di hospital tersebut.

Berita kematian ADUN itu dimaklumkan oleh Pengerusi Parti Amanah Negara Johor Aminolhuda Hasan dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah Johor disifatkan sebagai seorang sahabat dan pemimpin yang banyak menabur bakti kepada masyarakat.

“Amanah Johor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka diberi ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

“Marilah kita bersama-sama menyedekahkan al-Fatihah dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,“ katanya.

Beliau berkata maklumat lanjut berhubung pengebumian akan dimaklumkan kemudian.

Allahyarham sebelum ini berkhidmat sebagai ADUN Permas bagi penggal 2018-2022, selain aktif dalam pelbagai kegiatan masyarakat setempat di Johor Bahru.

Bekas ADUN Bersatu itu mengumumkan menyertai Amanah pada Julai 2022. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings