the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

196 warga PDRM ditahan kerana dadah dalam 10 bulan pertama tahun ini – KPN

KUALA LUMPUR: Seramai 196 anggota dan pegawai polis ditahan kerana terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata dalam tempoh sama seramai 623 anggota dan pegawai polis ditahan kerja manakala 156 pula digantung kerja.

Katanya, bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu, sebanyak 5,413 aduan diterima Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman yang mana 4,497 laporan membabitkan pegawai polis.

Razarudin berkata daripada jumlah itu, 2,841 (52.48 peratus) adalah aduan berkaitan salah laku di bawah kategori integriti.

“Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warga pasukan yang didapati terlibat dengan aktiviti salah laku yang boleh menjatuhkan nama baik serta maruah pasukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Pelancaran Peraturan 3C sempena Sambutan Bulan Integriti 2023 di Maktab PDRM, Cheras, di sini, hari ini.

Razarudin mengingatkan semua ketua jabatan, pegawai pemerintah dan penyelia agar memainkan peranan masing-masing dengan menjalankan kawalan serta pemantauan ke atas pegawai dan anggota yang diselia.

Beliau berkata berdasarkan kepada prinsip akauntabiliti, penyeliaan dan pemantauan harus dilaksanakan dengan bertunjangkan Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 sebagai mekanisme check and balance.

Sementara itu, Razarudin berkata beliau tetap yakin masih ramai anggota dan pegawai PDRM yang mempunyai integriti tinggi meskipun agensi penguatkuasa itu sentiasa terdedah dengan pelbagai tuduhan mahupun tohmahan yang mencabar kredibiliti pasukan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings