the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

3,850 ibu bekerja di Selangor terima insentif MamaKerja RM1,000

SHAH ALAM: Seramai 3,850 ibu bekerja di negeri ini menerima insentif MamaKerja berjumlah RM1,000 bagi meringankan kos penjagaan anak-anak sebagaimana yang terkandung dalam manifesto gabungan Perpaduan Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.

“Kerajaan Negeri menerima 5,595 permohonan untuk MamaKerja dan setakat Mac lalu, seramai 3,850 ibu bekerja telah menerima insentif ini, dengan bakinya sedang diteliti untuk pengesahan dokumen,“ katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Amirudin berkata tinjauan dalam kalangan pemohon mendapati kos penjagaan anak diakui menjadi cabaran terbesar bagi ibu bekerja.

Beliau berkata inisiatif yang menjadi sebahagian daripada agenda ‘care-economy’ yang rancak dikembangkan itu adalah seiring dengan usaha kerajaan membina Selangor sebagai sebuah negeri progresif yang mengangkat kebajikan rakyat.

“Insya-Allah lebih banyak inisiatif kebajikan menyusul untuk pelbagai lapisan rakyat,” katanya.

Inisiatif MamaKerja yang dibuka bermula 1 Nov tahun lalu merupakan antara aku janji yang ditawar gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat semasa PRN Selangor, Ogos tahun lepas.

Tawaran melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta itu bakal memanfaatkan 5,000 wanita bekerja yang memiliki tiga anak bawah 12 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000.

Sebelum ini, Amirudin dilaporkan berkata Kerajaan Perpaduan di Selangor telah melunaskan lima manifesto penting yang ditawarkan semasa PRN yang mencakupi pelbagai bidang iaitu ekonomi, kebajikan wanita dan petani, pendidikan serta pemerkasaan institusi agama.

Antara manifesto yang telah dilunaskan termasuk pemberian E-baucar buku mahasiswa bernilai RM200, pengecualian cukai taksiran 426,656 rumah kos rendah serta kampung dan pemberian insentif RM1,000 kepada 500 golongan petani dan nelayan berbentuk RM500 tunai manakala baki menerusi input peralatan.

Turut ditunaikan adalah bayaran kepada 760 imam di Selangor ditingkatkan sebanyak RM200 kepada RM1,500 manakala elaun bagi 1,900 nazir, bilal, dan siak juga dinaikkan RM50 sebulan kepada RM300 (nazir), RM340 (bilal) serta RM290 (siak).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings