the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong titah hentikan kontroversi stoking kalimah Allah

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (gambar) bertitah semua pihak perlu berhenti mengambil kesempatan ke atas isu sarung kaki (stoking) tertera kalimah Allah kerana perkara itu sudah dalam proses perundangan.

“Saya telah menitahkan untuk tindakan diambil mengikut lunas undang-undang, maka tidak perlu lagi untuk mana-mana pihak terus mengapi-apikan kemarahan secara berterusan.

“Tindakan diambil bukanlah untuk menghukum semata-mata, tetapi sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Seri Paduka Baginda bertitah adalah lebih baik untuk masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian itu dan berusaha untuk mengeratkan lagi perpaduan.

“Kemarahan yang berlarutan tidak akan menguntungkan sesiapa. Semua pihak, terutamanya pemimpin masyarakat perlu bertindak matang.

“Ajaklah rakyat ke arah perpaduan, bukan perpecahan. Inilah peluang untuk mendapat pemahaman yang lebih baik antara satu sama lain dalam masyarakat kita yang majmuk, agar perkara sebegini tidak berulang lagi,” titah Sultan Ibrahim.

Sebelum ini video dan tangkap layar gambar stoking yang tertera kalimah Allah tular menerusi media sosial yang didakwa dijual di sebuah kedai rangkaian serbaneka sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

Pada 16 Mac lepas pengendali kedai rangkaian serbaneka itu memohon maaf susulan video tular penjualan stoking yang tertera kalimah Allah itu di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Semalam Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam atas dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah.

Sementara itu pasangan suami isteri Soh Chin Huat, 61, dan Goh Li Huay, 62, serta anak perempuan mereka Soh Hui San, 36, yang merupakan pengarah bagi syarikat pengedar Xin Jian Chang Sdn Bhd, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkenan pada tempat, waktu dan tarikh yang sama. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings