the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aminuddin Harun: Lima kawasan perindustrian baharu dijangka dibuka tahun hadapan

SEREMBAN: Sekurang-kurangnya lima kawasan perindustrian baharu bakal dibuka di Negeri Sembilan pada tahun hadapan sekali gus mampu merancakkan lagi ekonomi negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam negeri berkata antara kawasan berkenaan adalah di Nilai, Ainsdale dan Senawang.

“Kita sebenarnya telah hampir habis kawasan perindustrian yang dibuka, tetapi tahun hadapan, kita akan ada banyak kawasan perindustrian baharu yang akan dibuka.

“Insya-Allah minggu depan saya akan perincikan kawasan perindustrian dan industri yang membuat pembesaran pada tahun ini di samping pelaburan baharu yang masuk ke negeri ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Aminuddin turut berkata sambutan diterima daripada para pelabur sangat menggalakkan dengan banyak kawasan industri sedia ada ditempah oleh mereka.

Sementara itu, beliau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan bersetuju untuk memakai garis panduan pelaksanaan penempatan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) ke PBT lain dalam suatu negeri yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings