the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amir Hamzah: Ringgit dijangka terus mengukuh, didagang pada RM4.50 berbanding dolar AS pada akhir 2024

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus mengukuh pada tahun ini, diniagakan pada RM4.50 berbanding dolar AS pada akhir 2024, didorong oleh kedudukan ekonomi negara yang positif, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar).

Beliau berkata kerjasama Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersedia untuk meningkatkan aliran masuk wang ke dalam pasaran pertukaran asing bagi mengukuhkan nilai ringgit.

Katanya BNM juga sentiasa bersedia untuk mengambil langkah campur tangan dalam pasaran pertukaran mata wang asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan.

“Sebagai contoh, BNM akan menjual mata wang dolar AS daripada rizabnya untuk menyekat kelemahan ringgit yang berlebihan.

“Usaha yang dilakukan kerajaan menunjukkan keberkesanan dan tiada keperluan untuk menggunakan instrumen seperti tambat ringgit atau menutup pertukaran ringgit seperti yang dilakukan semasa Krisis Kewangan Asia,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang ingin tahu mengenai jangkaan kerajaan untuk melihat mata wang negara pulih kepada tahap berpatutan dan langkah-langkah yang diambil oleh BNM untuk mengukuhkan nilai ringgit.

Berdasarkan analisis oleh penganalisis, Amir Hamzah berkata ringgit pada masa ini terkurang nilai antara lapan peratus dan 10 peratus berbanding paras yang sepatutnya pada masa ini.

Katanya pergerakan ringgit dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan kejatuhan yang dialami dalam tempoh terdekat ini sebahagian besarnya didorong oleh pengukuhan dolar AS dan ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi China.

Beliau berkata faktor ini turut memberi kesan kepada mata wang serantau lain.

Setakat 28 Feb lepas, katanya nilai ringgit telah menyusut -3.5 peratus berbanding dolar AS, sejajar dengan mata wang serantau seperti yen Jepun (-6.3 peratus), baht Thailand (-4.7 peratus) dan won Korea (-3.3 peratus).

Katanya BNM akan terus memantau pasaran kewangan dan mengambil langkah-langkah perlu termasuk campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan.

Amir Hamzah berkata BNM turut memantau penukaran hasil eksport kepada ringgit oleh syarikat pengeksport selain meneruskan usaha menggalakkan penggunaan mata wang tempatan untuk penyelesaian eksport bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pergerakan dolar AS.

“Kerajaan juga mengawal pelaburan luar negara oleh syarikat swasta untuk mengurangkan tekanan kepada ringgit. Ini termasuk menggalakkan mereka mengutamakan pelaburan domestik serta menangguhkan pelaburan luar negara baharu.

“Pelaburan luar negara yang dilaksanakan juga perlu diurus secara berhemat seperti melindungi nilai pendedahan mata wang asing dan membawa balik hasil pelaburan luar negara bagi mengurangkan tekanan tinggi kepada ringgit,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings