the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amir Hamzah: SST pendekatan terbaik dalam situasi semasa

KUALA LUMPUR: Penambahbaikan kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah langkah segera yang membolehkan kerajaan fokus kepada pendekatan sedia ada dalam meningkatkan hasil dan kedudukan fiskal negara serta pada masa sama tidak membebankan rakyat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar).

Katanya beliau yakin dengan menangani ketirisan, SST mampu membantu kerajaan mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Yang penting, kita kena tengok kebolehan kerajaan menggunakan instrumen yang ada sekarang, yang mana kita boleh buat pada masa sekarang dengan segera.

“(Pada masa yang sama) kita juga mencari jalan untuk mengurangkan ketirisan dalam sistem yang ada,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Dari segi penyasaran semula subsidi, Amir Hamzah berkata langkah itu adalah antara sasaran paling penting untuk kerajaan pada masa ini dalam mengurangkan ketirisan dan perbelanjaan dalam sistem semasa.

Beliau menjelaskan GST mempunyai asas lebih luas tetapi ia memberi impak langsung kepada rakyat, bertentangan dengan aspirasi kerajaan yang mengambil pendekatan lebih progresif sebagai langkah meningkatkan pendapatan negara antaranya melalui beberapa langkah reformasi percukaian.

Katanya kadar cukai perkhidmatan di bawah sistem SST dinaikkan daripada 6.0 peratus kepada 8.0 peratus kecuali perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi dan penyediaan ruang parkir.

“Langkah mengecualikan perkhidmatan makanan dan minuman (daripada kenaikan) adalah bersifat progresif yakni mengurangkan impak kenaikan cukai kepada kos sara hidup rakyat,” katanya.

Amir Hamzah berkata kerajaan juga kini sedang menggubal perundangan baharu untuk melaksanakan Cukai Barangan Bernilai Tinggi pada kadar 5.0 peratus dan 10 peratus.

Katanya cukai ini akan dikenakan berdasarkan nilai ambang tertentu yang ditetapkan bagi setiap barangan yang terlibat dan bersifat progresif kerana dikenakan ke atas mereka yang mampu membeli barangan bernilai tinggi dan tidak membebankan golongan berpendapatan rendah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Banyan Group Residences Unveils Exclusive Banyan Tree Beach Residences Varuna at Laguna Phuket

PHUKET, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Banyan Group Residences has unveiled Banyan Tree Beach Residences Varuna, a collection of just eight beachfront townhomes within Laguna Phuket.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings