the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK KKB

SEPANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) memberi bayangan calon DAP akan mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang bakal diadakan kelak.

Menteri Besar Selangor itu berkata beliau difahamkan Barisan Nasional (BN) yang bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri itu juga tidak meminta untuk bertanding di kerusi berkenaan, menjadikan pemilihan calon lebih mudah diputuskan oleh pimpinan PH.

“PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.

“BN pun tak ‘demand’, formula PH pun saya rasa tidak berubah. Jadi saya percaya DAP masih akan bertanding di kawasan itu,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri Jualan NCT Smart Industrial Park di sini hari ini.

Beliau berkata PH akan bekerja sehabis baik untuk mempertahankan kerusi berkenaan bagi meneruskan legasi kepimpinan Lee Kee Hiong serta kesinambungan program pembangunan yang direncana mendiang sejak memenangi kerusi itu pada 2013.

Katanya PH juga tidak akan mengambil mudah cabaran Perikatan Nasional (PN) yang awal-awal lagi menyatakan keyakinan untuk merampas kerusi berkenaan selepas kematian Lee yang menyandang kerusi itu selama tiga penggal.

Lee, 58, meninggal dunia pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Lee menewaskan calon PN Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan berkaitan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings