the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Armizan: Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober

PUTRAJAYA: Kerajaan telah memulakan audit berkaitan subsidi minyak masak yang dilaksana di setiap negeri dan daerah sejak Oktober lepas bagi mengatasi isu ketirisan.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata audit itu dapat membantu kerajaan membuat rumusan berkaitan keperluan dan mengenal pasti kaedah memperkemas subsidi minyak masak.

“Kita sasarkan pada Januari siap audit, mungkin pada masa itu kita akan umumkan kes (dapatan) diperoleh,“ katanya sambil menambah audit itu juga bertujuan melihat secara keseluruhan pelaksanaan subsidi minyak masak setakat ini.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Simposium Kos Sara Hidup 2023 di sini hari ini, Armizan berkata kerajaan memerlukan mekanisme bagi mengurangkan ketirisan dan penyelewengan minyak masak bersubsidi yang merugikan rakyat.

Beliau berkata ini kerana kerajaan pada asalnya memperuntuk RM500 juta bagi subsidi minyak masak tahun ini namun unjuran menunjukkan ia meningkat kira-kira empat kali ganda iaitu RM1.9 bilion.

Armizan juga berkata mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar minyak petrol RON95 akan dibentang oleh Kementerian Ekonomi pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

Beliau berkata satu jawatankuasa khas rentas kementerian juga telah diwujudkan berhubung pelaksanaan subsidi bersasar itu.

Semalam, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan memperkenal mekanisme subsidi bersasar bagi RON95 pada separuh kedua 2024 bagi memastikan ia disalur kepada golongan paling memerlukan selain mengoptimumkan sumber.

RON95 yang disubsidi kerajaan dijual pada harga RM2.05 seliter. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings