the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Axelsen buru gelaran hatrik Terbuka Malaysia dengan langkah kanan

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen (gambar) memulakan kempen mempertahankan kejuaraan badminton Terbuka Malaysia dengan penuh bergaya apabila mudah menyingkirkan bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew di pusingan pertama di Axiata Arena, di sini hari ini.

Bintang Denmark berusia 30 tahun itu, yang mengejar gelaran ketiga berturut-turut, merakamkan keputusan 21-13, 21-15 dalam masa 43 minit untuk melebarkan rekod kemenangannya kepada lapan daripada 10 pertemuan dengan bekas juara dunia 2021 itu.

“Saya sangat gembira dengan persembahan pusingan pertama saya memandangkan Kean Yew bukan lawan yang mudah, terutama pada pusingan pertama. Jadi, saya benar-benar fokus untuk membawa pelan permainan yang betul hari ini, dan saya rasa melaksanakannya dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Pada pusingan kedua esok, penyandang emas Sukan Olimpik dan juara dunia dua kali itu akan berdepan dengan pemain Taiwan, Lee Cheuk Yu, yang menewaskan seorang lagi wakil Denmark, Magnus Johannesen 21-13, 18-21, 21-19.

Ditanya peluang menggondol gelaran hatrik Terbuka Malaysia, Axelsen berkata Malaysia sentiasa menjadi tempat memburu yang menggembirakan baginya.

“Saya akan cuba melakukan yang terbaik di Malaysia, terutamanya KL (Kuala Lumpur), ia antara tempat kegemaran saya untuk bermain. Jadi saya akan lihat jika boleh menang minggu ini.

“Saya benar-benar bertuah kerana memenangi bukan sahaja Terbuka Malaysia tetapi juga Malaysia Masters di stadium ini, yang merupakan stadium keramat bagi diri saya…gembira berada di sini,” katanya.

Axelsen sebelum ini pernah memenangi Terbuka Malaysia 2022 dan 2023 dan Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena, selain muncul naib juara kepada bekas pemain nombor satu dunia Jepun, Kento Momota pada Masters Malaysia 2020.

Baru-baru ini, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan Axelsen sebagai penerima pendapatan tertinggi Jelajah Dunia 2023, selepas meraih hadiah wang US$645,095 (kira-kira RM2.99 juta).

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan perseorangan lelaki, pemain nombor 24 dunia, Srikanth Kidambi dari India mengejutkan pemain nombor lima dunia, Jonatan Christie dari Indonesia 12-21, 21-18, 21-16.

Bekas pemain nombor satu dunia itu akan berdepan Angus Ng Ka Long pada pusingan kedua. Pemain Hong Kong itu sebelum itu menewaskan Kanta Tsuneyama dari Jepun 21-15, 21-9. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings