the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bayi maut dikelar ibu di Pasir Gudang

JOHOR BAHRU: Seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan maut dipercayai dikelar ibunya di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang di sini semalam.

Ketua Polis Johor CP M.Kumar (gambar) berkata kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari dan siasatan awal mendapati wanita berusia 32 tahun itu turut menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi Whatsapp.

“’Sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian,“ katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat dan motif kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diharapkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes,“ katanya dan menambah permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dilakukan hari ini.

Sementara itu dalam kes berlainan, beliau berkata pihaknya menahan lima lelaki berusia 35 hingga 48 tahun bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang lelaki berusia 61 tahun.

Kesemua mereka katanya mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.

Beliau berkata mayat mangsa ditemukan pada 10.50 pagi di Taman Rinting, Masai dengan beberapa kesan luka tetakan pada tubuh.

Mayat dibawa ke HSI untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings