the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 14, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Buaya tembaga seberat satu tan ditangkap di Pantai Siring

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

JASIN: Seekor buaya tembaga dianggarkan seberat dua tan dan sepanjang 4.5 meter berjaya ditangkap sekumpulan nelayan di Pantai Siring, Pulai di sini hari ini.

Seorang nelayan Mohd Amin Mohd Yatim, 53, berkata dia menemukan reptilia itu kira-kira 10.15 pagi lebih kurang 50 meter dari pinggir pantai berkenaan.

“Saya terus menghubungi beberapa rakan, sebelum kemudian menggerakkan empat bot untuk menangkap buaya terbabit bersama-sama tujuh rakan.

“Kami berdepan detik cemas apabila terpaksa bergelut dengan buaya itu yang bertindak agresif dan kami mengambil masa kira-kira satu jam setengah sebelum berjaya menangkapnya,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Amin berkata dia sememangnya mengetahui kewujudan buaya di pantai berkenaan sejak setahun lepas, namun tidak sebesar saiz buaya yang ditangkap hari ini.

Amin Ali, 64, pula berkata dia yang sedang menjaring ikan bersama isteri, Norizah Abdul, 54, segera menghampiri rakan-rakannya untuk membantu apabila melihat keadaan agak cemas.

Amin yang menjadi nelayan sejak 40 tahun lepas berkata kehadiran buaya di pantai itu dilihat sejak setahun lepas ketika turun ke laut, namun dia tidak pernah diganggu ketika menangkap ikan.

“Saya jumpa buaya kira-kira enam kali sebelum ini tetapi ukurannya hanyalah kecil dan sederhana sahaja… kali ini saiznya agak besar,“ katanya

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Merlimau Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan buaya itu kira-kira 12.06 tengah hari tadi.

“Sejurus tiba, bomba dapati seekor buaya tembaga sepanjang 4.5 meter dalam keadaan telah diikat pada bahagian ekor dan mulut selepas berjaya ditangkap oleh nelayan.

“Pihak bomba menggunakan jentera lori dari BBP Ayer Keroh bagi menyerahkan buaya itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

First Energy Africa Oil Corp. strengthens board with appointment of industry veterans Simon Akit...

First Energy Africa Oil Corp. has appointed industry veterans Simon Akit and Frederick Kozak to its Board of Directors, strengthening its leadership with extensive expertise in capital markets, engineering, governance, and the global resource sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings