the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bukit Aman: Lelaki ditahan godam, jual data milik agensi kerajaan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang memiliki kepakaran teknologi maklumat kerana disyaki menggodam dan menjual data milik sebuah agensi kerajaan di laman sesawang “darkweb”.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf (gambar) berkata lelaki warga tempatan berumur 24 tahun itu ditahan pada 25 Dis lepas di sekitar ibu kota.

Bercakap dalam sidang media khas JSJK di sini, beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu telah menjual data di laman sesawang dengan harga US$200 (RM927) untuk setiap set data dan pembayaran adalah dalam bentuk mata wang kripto.

“Pengesanan terhadap lelaki itu berjaya dilakukan hasil kecekapan Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency JSJK.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek baru ‘berjinak-jinak’ dalam jenayah ini dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Ramli berkata lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 29 Dis lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Sementara itu, katanya polis menyiasat empat kes pecah amanah jenayah berkaitan kutipan zakat dengan dua kes di Selangor dan masing-masing satu kes di Terengganu dan Perak sepanjang 2023.

Ramli berkata nilai kerugian keseluruhan bagi kesemua kes berkenaan adalah sebanyak RM9.7 juta.

“Kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM9.6 juta dan dalam kes ini, syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak disyaki telah gagal mendepositkan wang kutipan zakat bermula Mac 2023 hingga September 2023.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, ia amat mendukacitakan apabila wang zakat turut diseleweng oleh individu-individu yang diamanahkan untuk mengutip wang itu,” katanya.

Ramli berkata perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana zakat merupakan satu daripada lima rukun Islam yang menjadi pegangan setiap Muslim.

“Sewajarnya wang kutipan zakat diuruskan dengan baik dan penuh amanah agar ia dapat dimanfaatkan sesuai dengan kehendak agama.

“JSJK memberikan amaran keras kepada pelaku-pelaku jenayah ini bahawa tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang akan diambil bagi memastikan jenayah sebegini tidak berulang,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings