the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bunuh OKU: Terdapat banyak kesan kecederaan baharu, lama

KUALA LUMPUR: Laporan bedah siasat terhadap seorang wanita orang kurang upaya (OKU) intelektual yang dipercayai dibunuh, mendapati banyak kesan kecederaan baharu dan lama pada badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan (gambar) berkata terdapat banyak komplikasi pada kecederaan mangsa berusia 20 tahun itu dan keputusan bedah siasat masih menunggu analisis makmal.

“Terdapat pelbagai kemungkinan punca kecederaan itu…mungkin kesan jatuh, mungkin dera dan ia masih dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis sebelum ini menahan tujuh individu daripada satu keluarga bagi membantu siasatan kes bunuh wanita OKU di sebuah rumah di Jalan Serdang Raya 1, Seri Kembangan dekat sini, Ahad lepas.

Mangsa dipercayai telah memarahi serta mencubit dua ahli keluarga berkenaan iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

Susulan itu, mangsa telah dipukul dengan kayu panjang dan diseterika secara berulang-ulang sehingga mengalami kecederaan pada tubuh badannya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology secures transformational US$2.5 billion five-year AI GPUaaS compute contract

Gorilla Technology Group (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla"), a global provider of AI-driven infrastructure, security intelligence and data solutions, today announced that it has signed a five-year AI compute infrastructure contract with a high investment-grade global technology customer for deployment at the NeutraDC Batam data centre in Indonesia.

Founders Metals Hits 53.1 m of 1.21 g/t Au from Surface in New Zone...

(TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces drill results from the Upper Antino target area at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname.

Vondrousova insists she never doped after four-year ban

Former Wimbledon champion Marketa Vondrousova maintains she has never used performance-enhancing drugs after receiving a four-year ban for failing to comply with an anti-doping test.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings