the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bunyi letupan berterusan, penduduk sangka latihan menembak

SUNGAI PETANI: Penduduk di sekitar Bukit Selambau menyangka bunyi letupan kuat yang beterusan susulan kebakaran sebuah kilang malam tadi, adalah latihan menembak oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Normah Che Noor, 60, seorang penduduk Kampung Penghulu Tua berkata selepas bunyi letupan tidak berhenti, dia bertindak keluar rumah dan melihat dari jauh api menjulang tinggi dan menyedari sebuah kilang mengalami kebakaran.

“Kebetulan pusat latihan RELA terletak tidak jauh dari situ…bila dengar banyak kali tak habis-habis meletup, saya tanya suami kenapa latihan RELA lama sangat.

“Saya dan suami kebetulan nak ke pekan Kuala Ketil, jadi kami naik kereta pusing dulu dekat kawasan kejadian nak tengok dari dekat apa yang berlaku…dari jauh nampak asap merah hitam, rasa bahang, kami tak pergi dekat sebab takut, nampak juga percikan bunga api seolah-olah pertunjukan pula,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Rosnani Shaari, 54, berkata kebakaran itu disedarinya kira-kira 7.40 malam dan ia dapat dilihat dengan jelas dari rumahnya yang terletak tidak jauh dari lokasi kebakaran.

“Mula-mula ingat Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau yang terbakar, kami lalu depan sekolah tetapi tiada apa-apa, ke depan sikit baru nampak kilang yang terbakar.

“Letupan dan percikan bunga api berpanjangan sampai tengah malam pun ada lagi, malah ketika anak saya meninjau ke lokasi sekitar 2 pagi pun masih ada letupan dan percikan bunga api,” katanya.

Sementara itu, seorang kakitangan sebuah kilang di situ, Tan Ah Chong, 42, dia terdengar bunyi seperti tembakan pada 7.40 malam tadi.

“Saya ada dalam pejabat, bila dengar bunyi tembakan, disebabkan rasa takut saya dan seorang lagi rakan terus lari keluar dari pejabat untuk menyelamatkan diri.

“Bila agak jauh baru saya berani berhenti dan berpaling ke belakang…saya nampak api besar..rupanya kilang bersebelahan yang terbakar,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati setakat ini bomba masih menjalankan kerja-kerja overhaul di lokasi kejadian dan masih terdapat tompokan asap yang keluar daripada kawasan kebakaran.

Tiga buah gudang yang menempatkan barangan terpakai berupa logam tembaga dan wayar di sebuah kilang di Bukit Selambau dekat sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Kebakaran itu menyebabkan berlaku letupan dan percikan ‘bunga api’, sebelum pihak bomba berjaya mengawal kebakaran itu pada 10.02 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings