the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dilarang guna ‘gajet’, kanak-kanak cuba terjun bangunan

IPOH: Dipercayai tertekan kerana dilarang menggunakan ‘gajet’ atau peranti komunikasi, seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun dipercayai cuba terjun dari bangunan dua tingkat sebuah pusat tahfiz dekat Kampar di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Kami menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.30 pagi dan setiba di lokasi kejadian kanak-kanak tersebut masih berada di atas bumbung sebuah bangunan dua tingkat setinggi kira-kira empat meter dalam keadaan berdiam diri.

“Anggota kami berjaya memujuk dan membawa turun kanak-kanak itu. Difahamkan, kanak-kanak itu ingin pulang ke rumahnya di Kampung Batu Putih, Kampar disebabkan peraturan di pusat itu yang tidak membenarkan ‘gajet’ dibawa ke situ,” katanya.

Beliau berkata kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa pulang oleh keluarganya ke kediaman mereka.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings