the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DOSM: Penduduk Bumiputera dianggar 21.3 juta orang tahun ini

PUTRAJAYA: Jumlah penduduk Bumiputera di Malaysia pada tahun ini dianggarkan seramai 21.3 juta orang daripada 33.4 juta penduduk, demikian menurut Statistik Bumiputera 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata jumlah penduduk Bumiputera lelaki adalah 10.8 juta orang manakala perempun sebanyak 10.5 juta orang, dengan nisbah jantina 102 lelaki berbanding 100 perempuan.

Mohd Uzir berkata Bumiputera menyumbang 92.7 peratus menerusi penyertaan dalam profesional dan 83.8 peratus daripada jumlah penolong pegawai perubatan dan jururawat pada 2022.

Selain itu, beliau berkata Bumiputera turut menyumbang 60.8 peratus sebagai juruukur tanah, 61.5 peratus juruukur bahan, 52.8 peratus doktor gigi dan 52.7 peratus pereka dalaman.

Bagaimanapun, katanya Bumiputera mencatatkan penyertaan di bawah 50 peratus bagi arkitek iaitu 41.2 peratus, peguam (38.2 peratus) dan akauntan (31.8 peratus).

Mohd Uzir memaklumkan penemuan berkaitan tenaga buruh pada 2022 menunjukkan seramai 9.6 juta tenaga buruh adalah Bumiputera yang terdiri daripada 5.8 juta lelaki dan 3.9 juta wanita.

Bagi kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB), katanya Bumiputera meningkat kepada 67.1 peratus berbanding 65.8 peratus pada 2021, manakala dari segi jantina, KPTB bagi lelaki dan perempuan Bumiputera masing-masing adalah 80 peratus dan 54.1 peratus.

“Berdasarkan pencapaian pendidikan, sumbangan tenaga buruh Bumiputera yang berpendidikan peringkat menengah dan ke bawah adalah 62.3 peratus,“ katanya dan menambah 37.7 peratus tenaga buruh Bumiputera berpendidikan ‘tertiari’ atau pendidikan tinggi.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata kadar pengangguran dalam kalangan Bumiputera adalah empat peratus berbanding lima peratus pada 2021.

Dari segi statistik siswazah pula, menurutnya bilangan siswazah Bumiputera yang direkodkan sehingga 2022 adalah seramai 3.8 juta orang, terdiri daripada 1.7 juta lelaki dan 2.2 juta wanita.

Bagi pindah milik harta tanah pada 2022, Bumiputera merekodkan sebanyak 121,997 transaksi harta kediaman dengan sumbangan sebanyak 36.8 peratus atau RM34.7 bilion kepada jumlah nilai pindah milik harta kediaman RM94.3 bilion.

“Bumiputera melakukan sebanyak 3,774 pindah milik harta tanah jenis komersil dengan nilai pindah milik bernilai RM2.1 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2021,” katanya.

Dari segi perspektif kebajikan, beliau berkata bilangan Bumiputera yang berdaftar di Institusi Kebajikan Am bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 2022 adalah seramai 2,714 orang, berbanding 2,948 orang tahun sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut, 1,096 orang di Institusi Kanak-Kanak, 637 orang di Institusi Orang Kurang Upaya dan 981 orang di Institusi Warga Emas dan Orang Papa, katanya.

Statistik Bumiputera diterbitkan itu memaparkan statistik Bumiputera terpilih dalam bidang sosial dan ekonomi di peringkat nasional dan negeri untuk tahun rujukan 2015 hingga 2023.

Ia merangkumi statistik dalam bidang sosial dan ekonomi antaranya penduduk, guna tenaga, pendapatan dan perbelanjaan isi rumah, kesihatan, pelancongan, profesion berdaftar dan harta tanah. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings