the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dr Zaliha: KKM beri jaminan RUU berkaitan produk rokok dibentang pada sesi Parlimen kali ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibentangkan sebelum selesai persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung hingga 30 Nov ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ini adalah bagi menangani isu kelompongan terhadap gel nikotin yang telah dikecualikan daripada senarai racun di bawah Akta Racun 1952, pada April lepas.

“Rang undang-undang ini penting untuk dibentangkan segera bagi memastikan wujud kawal selia yang komprehensif kepada produk merokok yang telah dibuktikan secara saintifik akan memudaratkan kesihatan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Zaliha berkata KKM akan membentangkan pindaan cadangan rang undang-undang itu dengan mengambil kira pandangan yang telah dikemukakan Peguam Negara untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri yang dijadualkan pada Jumaat ini.

Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bertujuan mengawal penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, demi kesihatan awam untuk melahirkan suatu generasi baharu bebas merokok. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings