the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dr Zaliha: Lebih 300,000 terima manfaat Skim Perubatan Madani setakat Nov

KUALA LUMPUR: Skim Perubatan Madani yang diperkenalkan pada Jun lepas telah memberi manfaat kepada lebih 300,000 individu di seluruh negara melibatkan hampir 600,000 prosedur rawatan setakat bulan ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata ia melibatkan prosedur rawatan dan pemeriksaan kesihatan di 2,347 fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara yang berdaftar dengan skim berkenaan.

“Skim ini antara usaha meningkatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan kepada rakyat selain insiaitif lain termasuk melanjutkan operasi 52 Klinik Kesihatan kerajaan di seluruh negara selepas waktu pejabat serta proses janji temu dalam talian menerusi aplikasi MySejahtera di 903 Klinik Kesihatan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai usaha meningkatkan fasiliti dan kemudahan di klinik-klinik kesihatan seperti kekurangan doktor pakar, ambulans dan sebagainya bagi mengelakkan kesesakan yang sangat teruk di hospital utama.

Skim Perubatan MADANI pertama kali diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 Februari lepas dengan kemudahan berkenaan ditawarkan secara automatik kepada penerima Bantuan Tunai Rahmah.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Abdul Latiff mengenai sama ada kementerian membuat kajian mengenai kekurangan kemudahan perubatan di Klinik Kesihatan, Dr Zaliha mengakui ketika ini beberapa klinik tidak dilengkapi kemudahan yang diperlukan penduduk sekitar fasiliti kerajaan itu.

“Kita akan terokai perkara ini dan kita akan buat satu dasar baharu untuk atasinya, dan dalam dasar itu bagi pembinaan-pembinaan Klinik Kesihatan baharu selepas ini mungkin perlu ada seperti kemudahan X-ray dan makmal, jadi bagi isu-isu kesihatan berkaitan itu pesakit tidak lagi perlu dirujuk ke hospital utama,” katanya.

Selain itu, Dr Zaliha berkata kementerian optimis komitmen untuk menaik taraf 1,200 fasiliti kesihatan daif yang sudah dikenal pasti akan siap sepenuhnya pada 2025 sekali gus memenuhi keperluan semasa.

“436 fasiliti sedang dinaik taraf tahun ini dan dengan tatakelola baik (dari projek itu) kita dapat tambah 75 lagi fasiliti untuk dibaik pulih, manakala tahun depan dengan peruntukan ditambah RM300 juta, kita akan tambah baik 400 lagi fasiliti kesihatan.

“Kita juga dalam fasa melaksanakan perolehan 590 kenderaan ambulans yang dilengkapi peralatan perubatan dan akan diagihkan kepada hospital dan Klinik Kesihatan pada suku kedua tahun hadapan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings