the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua individu ditemukan maut dalam sebuah kereta di stesen minyak

KUANTAN: Seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di stesen minyak berhampiran Muadzam Shah, Rompin hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.10 petang tadi sebelum enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sejurus tiba pihaknya mendapati dua mangsa berada dalam sebuah kereta jenis Proton Satria di kawasan letak kereta stesen minyak terbabit.

“Bomba telah membuka pintu kereta itu menggunakan peralatan menyelamat dan menemukan seorang lelaki dan wanita dewasa yang tidak sedarkan diri dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kedua-dua mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings