the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

4 maut, 5 cedera bot panga terbalik di California Selatan

Bot panga terbalik di perairan Imperial Beach, California Selatan, mengorbankan 4 orang dan mencederakan 5 lagi dalam kejadian awal pagi Sabtu

LOS ANGELES: Empat orang maut manakala lima lagi cedera apabila sebuah bot terbalik berhampiran bandar Imperial Beach di selatan California, Amerika Syarikat awal pagi Sabtu, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Ketua Bomba Imperial Beach John French berkata kemalangan berlaku sejurus selepas tengah malam.

Beliau memberitahu stesen tempatan Sideo TV bahawa satu mayat ditemukan berhampiran lokasi bot terbalik itu, manakala tiga lagi ditemukan berhampiran Jeti Imperial Beach.

Lima mangsa lagi berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital, sementara Pengawal Pantai AS meneruskan operasi pencarian sehingga awal pagi Sabtu, katanya.

Akhbar Times of San Diego melaporkan bahawa masih belum dipastikan sama ada bot itu digunakan dalam cubaan menyeludup migran ke Amerika Syarikat.

Ketika kejadian, keadaan laut dilaporkan bergelora apabila hujan mula melanda daerah San Diego. – Bernama-Xinhua

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings