the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 24, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Datuk Bandar New York berikrar perangi Islamofobia, rasisme anti-Palestin

Zohran Mamdani, datuk bandar Muslim pertama New York, berjanji perangi Islamofobia dan rasisme terhadap rakyat Palestin selepas angkat sumpah.

ANKARA: Datuk Bandar New York yang baharu, Zohran Mamdani, berikrar akan terus memerangi Islamofobia dan rasisme terhadap rakyat Palestin apabila memegang jawatan itu minggu depan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perbualannya dengan seorang pelajar Palestin yang menghadapi gangguan dalam talian dan ancaman bunuh.

Mamdani menerusi platform media sosial X berkata Mustapha Kharbouch, seorang pelajar di Universiti Brown, menjadi sasaran selepas sekeping fotonya yang memakai keffiyeh tersebar dalam talian.

Menurut Mamdani, latar belakang Palestin Kharbouch menjadi asas kepada tindakan mendedahkan maklumat peribadi serta ugutan yang diterimanya.

Dalam satu panggilan telefon, Kharbouch turut berkongsi dengan bakal Datuk Bandar itu mengenai minat akademiknya dalam hubungan antarabangsa dan antropologi.

Mamdani mencipta sejarah sebagai Datuk Bandar Muslim pertama bandar raya itu.

“Saya memberitahu Mustapha bahawa kami amat mengalu-alukan kepulangannya ke New York City,” kata Mamdani.

Beliau dijadual mengangkat sumpah jawatan pada 1 Januari, Hari Tahun Baharu.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories