the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada jawatankuasa bebas

Hamas umum kesediaan serah pentadbiran Gaza kepada jawatankuasa bebas, tidak mahu terlibat dalam tadbir urus wilayah itu pada masa depan.

GAZA / ISTANBUL: Kumpulan Palestin Hamas menyatakan kesediaan untuk memudahkan pemindahan tanggungjawab pentadbiran di Gaza kepada sebuah jawatankuasa bebas.

Jurucakap Hamas Hazem Qassem berkata kumpulan itu tidak berhasrat untuk terlibat dalam sebarang pengaturan tadbir urus masa depan di wilayah itu.

Beliau berkata Hamas sedang menunggu pembentukan sebuah jawatankuasa bebas untuk menyelia pentadbiran Gaza merangkumi pelbagai sektor.

BACA: Israel perlu hormati pelan gencatan senjata Gaza dipersetujui Hamas – Ahmad Zahid

“Cadangan itu menerima sokongan Hamas serta beberapa puak Palestin lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Qassem menegaskan pergerakan itu akan memudahkan proses penyerahan dan menyokong kerja jawatankuasa berkenaan.

Beliau berkata Hamas sudah lama memutuskan untuk berada di luar sebarang rangka kerja pentadbiran bagi mengurus wilayah itu.

Kenyataan itu dibuat hasil keputusan yang diterima pakai pada sidang kemuncak tergempar Arab mengenai Gaza pada Mac 2024.

Sidang kemuncak itu menolak sebarang bentuk pemindahan paksa rakyat Palestin serta menyokong pelan pembinaan semula Gaza oleh Mesir sebagai inisiatif Arab bersama.

Pelan itu membayangkan penubuhan sebuah jawatankuasa pentadbiran sementara untuk mentadbir Gaza sepanjang tempoh peralihan selama enam bulan.

Badan itu akan bersifat bebas, dianggotai teknokrat bukan berpuak dan beroperasi di bawah kuasa kerajaan Palestin.

Pengaturan itu disambut baik oleh Hamas pada ketika itu.

Kenyataan Hamas itu juga menyusul laporan oleh laman berita Israel, Times of Israel mengenai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Laporan itu menyatakan Trump dijangka mengumumkan fasa kedua cadangannya mengenai Gaza pada minggu depan, walaupun terdapat bantahan dari pihak Israel.

Trump merancang untuk mengumumkan penubuhan sebuah “majlis keamanan” dan badan pentadbiran lain yang ditugaskan untuk mentadbir Gaza.

Sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober, tentera Israel melakukan ratusan pelanggaran.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan pelanggaran itu mengorbankan 424 rakyat Palestin dan mencederakan 1,189 yang lain.

Gencatan senjata itu menamatkan perang Israel selama dua tahun yang mengorbankan hampir 71,400 rakyat Palestin.

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 171,200 yang lain cedera sejak Oktober 2023.

Perang itu juga menyebabkan kemusnahan besar di wilayah Gaza. – Bernama-Anadolu

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

PETRONAS Lubricants International Debuts First-to-Market JASO-Certified Lubricants for Japan’s Newest Generation of Engines

CHIBA, JAPAN - Media OutReach Newswire - 9 January 2026 - PETRONAS Lubricants International (PLI) today set a new industry benchmark at the Tokyo Auto Salon with the debut of its market-first Japanese Automotive Standards Organization (JASO)-certified lubricants engineered for Japan's latest generation of advanced engines.
spot_img

Popular Categories