the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemboja umum alih senjata berat dari sempadan Thailand ikut perjanjian damai

Kemboja umum proses alihan senjata berat dari sempadan Thailand selepas perjanjian damai Kuala Lumpur ditandatangani pada 26 Oktober lalu

PHNOM PENH: Kerajaan Kemboja mengumumkan proses pengalihan senjata berat dari kawasan sempadannya dengan Thailand telah bermula.

Kementerian Pertahanan Kemboja dalam kenyataan menyatakan kedua-dua negara “terus melaksanakan fasa kedua peringkat pertama mengalihkan senjata dan peralatan berat yang bersifat merosakkan” dari kawasan sempadan.

Proses tersebut mencerminkan komitmen bersama Kemboja dan Thailand dalam melaksanakan Perjanjian Damai Kuala Lumpur yang ditandatangani pada 26 Oktober lalu.

Phnom Penh menyuarakan harapan agar kedua-dua pihak terus melaksanakan perjanjian dengan sepenuh keikhlasan, niat baik dan ketelusan.

Kerajaan Kemboja juga menggesa hubungan dua hala kembali pulih sepenuhnya dengan segera.

Kementerian Luar Thailand dalam kenyataan Jumaat lalu memaklumkan kedua-dua negara bersetuju membina pagar keselamatan sepanjang lapan kilometer di kawasan sempadan.

Akhir bulan lalu, kedua-dua negara membincangkan pelaksanaan fasa pertama pengunduran senjata berat dari kawasan sempadan bersama.

Perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand ditandatangani di Kuala Lumpur dengan disaksikan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua negara mencapai persetujuan gencatan senjata tanpa syarat pada 28 Julai dalam mesyuarat tiga hala yang dianjurkan Anwar selepas beberapa minggu ketegangan di sempadan. – Bernama-Anadolu

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings