Manchester United memecat Ruben Amorim selepas kurang setahun, dengan kelab berada di tangga keenam Liga Perdana Inggeris.
LONDON: Ruben Amorim telah dipecat daripada jawatan ketua jurulatih Manchester United.
Kelab itu dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan pengendali kelahiran Portugal itu telah meninggalkan peranannya.
Kepimpinan kelab “secara berat hati membuat keputusan bahawa sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan”.
“Ini akan memberikan pasukan peluang terbaik untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris pada kedudukan tertinggi yang mungkin,” tambah kenyataan itu.
United kini berada di kedudukan keenam liga selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Leeds pada Ahad.
Selepas perlawanan itu, Amorim yang berang menegaskan beliau merupakan pengurus Manchester United dan bukan sekadar jurulatih.
Dalam sidang media yang mencuri tumpuan, beliau memberitahu jabatan pencari bakat serta pengarah sukan supaya “melaksanakan tugas mereka”.
Jurulatih berusia 40 tahun itu sebelum ini membayangkan wujudnya kekecewaan di sebalik tabir.
Beliau enggan menjelaskan kenyataannya baru-baru ini mengenai pelan perpindahan kelab menjelang perlawanan menentang Leeds.
Amorim mengambil alih pasukan pada November 2024.
(Bernama-PA Media/dpa)








