the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PBB gesa semua pihak di Guinea-Bissau hormati undang-undang

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menggesa semua pihak di Guinea-Bissau bertindak tenang dan hormati kedaulatan undang-undang

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa semua pihak berkepentingan di Guinea-Bissau bertindak tenang dan menghormati kedaulatan undang-undang.

Jurucakapnya Stephane Dujarric menyatakan ketua PBB itu sedang memantau situasi Guinea-Bissau dengan penuh kebimbangan.

Beliau menegaskan Guterres akan terus mengikuti perkembangan terkini di negara tersebut.

Angkatan tentera Guinea-Bissau mengumumkan melalui televisyen kebangsaan mereka telah mengambil alih kuasa negara sepenuhnya.

Tentera juga mengenakan beberapa langkah kecemasan sambil menjelaskan tindakan itu sebagai respons terhadap cubaan ahli politik tertentu menggugat kestabilan negara. – Bernama-Xinhua

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories