the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 15, 2025
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar kecam serangan di Sydney, ucap takziah kepada keluarga mangsa

PM Anwar Ibrahim kecam serangan di Sydney, ucap takziah kepada keluarga mangsa dan doakan yang cedera pulih, tegaskan tiada justifikasi keganasan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden serangan di Sydney.

Beliau mendoakan mereka yang cedera agar segera pulih sepenuhnya.

“Saya merakamkan ucapan takziah setulus hati kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka yang cedera agar segera sembuh,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Anwar berkata beliau amat terkejut dengan serangan berkenaan yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah.

Beliau mengecam tindakan itu sekeras-kerasnya.

“Tiada sebarang justifikasi untuk keganasan terhadap orang awam, apatah lagi serangan yang menyasarkan individu berdasarkan kaum atau agama, sama ada pada bila-bila masa atau di mana-mana.”

“Tindakan sedemikian tidak mempunyai asas dalam mana-mana agama atau kepercayaan,” tegasnya.

Perdana Menteri berkata Malaysia bersolidariti dengan rakyat dan kerajaan Australia pada masa sukar ini.

Beliau memberi sokongan penuh terhadap segala usaha bagi memastikan pihak bertanggungjawab dikenal pasti serta diadili mengikut lunas undang-undang.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di Bondi Beach, Sydney pada malam Ahad.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata kejadian di Bondi adalah “mengejutkan”.

Premier New South Wales Chris Minns menggambarkan insiden itu sebagai amat menyedihkan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories