the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis Hong Kong siasat kebakaran perumahan yang ragut 128 nyawa

Kebakaran di Wang Fuk Court, Tai Po ragut 128 nyawa, 200 hilang, 12 anggota bomba cedera dan seorang terkorban ketika operasi.

HONG KONG: Polis Hong Kong akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kebakaran di Wang Fuk Court, Tai Po yang dijangka mengambil masa tiga hingga empat minggu.

Setiausaha Keselamatan Hong Kong Chris Tang Ping-keung berkata siasatan akan mengumpul setiap bahan bukti yang diperlukan.

“Dipercayai kebakaran bermula pada jaring perimeter tingkat bawah Bangunan Wang Cheong, sebelum membakar papan busa penebat dan merebak dengan cepat ke bangunan lain,” katanya.

Kejadian menyebabkan kaca pecah dan api marak dengan mendadak ke dalam bangunan, mengakibatkan bencana dengan kebakaran serentak berskala besar.

Suhu tinggi turut membakar perancah buluh dan serpihan buluh yang terbakar jatuh lalu membakar jaring perancah lain.

Operasi memadam kebakaran, menyelamat dan mencari mangsa selesai pada 10.18 pagi Jumaat.

Kebakaran itu meragut 128 nyawa dengan kira-kira 200 orang masih belum diketahui statusnya.

Tang tidak menolak kemungkinan lebih banyak mayat akan ditemukan apabila polis memasuki lokasi untuk siasatan lanjut.

Sebanyak 391 jentera bomba, 185 ambulans dan 2,311 anggota bomba serta perubatan dikerahkan ke lokasi.

Seramai 12 anggota bomba cedera dan Ho Wai-ho dari Balai Bomba Sha Tin terkorban ketika menjalankan tugas.

Pengarah Perkhidmatan Bomba kerajaan HKSAR Andy Yeung Yan-kin mengesahkan perkara itu. – Bernama-Xinhua

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

‘Exhausting cycle of month-to-month survival’

Young professionals in Greater Kuala Lumpur describe an exhausting cycle of survival as salaries fail to cover rising living costs, with many left with under RM100 monthly.

Hidden motives and future of Palestinian sovereignty

The council's main operational focus in Gaza is "Project Sunrise", a US$112 billion revitalisation plan that envisions transforming the war-torn territory into a high-tech "Riviera" coastal city
spot_img

Popular Categories