the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empangan Air Itam menyusut

GEORGE TOWN: Kapasiti efektif Empangan Air Itam di sini mengalami penurunan mendadak dengan penyusutan sehingga paras 33.7 peratus berikutan musim panas dan kering yang telah bermula.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) K.Pathmanathan berkata air dari empangan itu juga digunakan untuk menampung keperluan pengguna di bahagian pulau susulan kejadian paip pecah di dasar Sungai Perai, Butterworth awal bulan ini.

“Penyusutan di Empangan Air Itam itu agak mendadak kerana sekarang ini musim kering dan penggunaan air yang tinggi, malah kita turut mengunakan air untuk tampung bekalan di sebelah pulau selepas kejadian Sungai Perai.

“PBAPP akan memuktamadkan langkah yang akan diambil bagi meningkatkan kapasiti air di Empangan Air Itam selepas pelan B iaitu kerja-kerja pemasangan paip baharu 600mm merentasi Sungai Perai siap sepenuhnya,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Empangan Air Itam merekodkan kapasiti efektif 83 peratus pada 1 Dis lepas, namun penggunaan air di empangan itu ditingkatkan bagi menampung kegunaan penduduk yang terjejas akibat kejadian paip pecah itu.

Sementara itu, Empangan Teluk Bahang dekat sini mencatatkan paras 88.1 peratus manakala Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam berada pada paras 90.1 peratus.

Sebagai rekod, tahap waspada pertama adalah pada kadar 50 peratus, tahap kedua (40 peratus) dan tahap ketiga ialah 30 peratus dan ke bawah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings