the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Exco: Gangguan bekalan air di Pasir Mas, Tumpat pulih sepenuhnya

PASIR MAS: Gangguan bekalan air di Pasir Mas dan Tumpat pulih sepenuhnya selepas Loji Rawatan Air (LRA) Kelar di sini beroperasi seperti biasa dan dua pam yang rosak akibat mendapan pasir serta sampah telah berjaya diatasi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan Datuk Dr Izani Husin berkata pengeluaran air di loji itu meningkat kepada 80 juta liter sehari selepas pembaikan tersebut dan mencukupi untuk kegunaan penduduk di jajahan terlibat.

“Saya harap pengguna dapat menggunakan air secara berhemah selain mengambil langkah menyimpan stok air di kediaman masing-masing sepanjang Ramadan dan cuti perayaan sempena Aidilfitri ini,“ katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan muka sauk LRA Kelar di sini hari ini.

Sebelum ini Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan memaklumkan 48,635 pelanggan AKSB sekitar jajahan Pasir Mas dan Tumpat mengalami gangguan bekalan air sejak Sabtu lepas.

Dalam pada itu Izani berkata tender bagi pembinaan LRA Kelar 2 akan dikeluarkan pada Jun depan dengan projek itu dijangka disiapkan dalam tempoh dua tahun akan datang. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings