the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Exco: Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas

SHAH ALAM: Rekod menunjukkan 588 kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah terbabit pelbagai jenayah termasuk merusuh, mencuri, rogol dan bunuh di Selangor sepanjang tahun lepas, kata Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari (gambar).

Beliau berkata rekod berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa jenayah paling tinggi dicatatkan ialah merusuh, yang membabitkan 138 orang, dan curi seramai 112 orang.

“Bagi kategori kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun, 11 kes dilaporkan termasuk satu kes rogol dan lima curi motosikal, manakala bagi kanak-kanak berumur 13 hingga 18 tahun, ia membabitkan 577 kes dengan kes merusuh paling tinggi 138 kes, curi 112 kes, kes rogol 85 dan satu kes bunuh,“ katanya.

Katanya selain itu dalam tempoh yang sama 156 kes penderaan, 190 kes pengabaian, dan 146 kes keganasan seksual terhadap kanak-kanak telah dilaporkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Mariam Abdul Rashid (PH-Meru) berhubung statistik jenayah kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Sementara itu Anfaal berkata kerajaan negeri telah membangunkan Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025 yang dilancarkan pada Mei 2023.

“Menerusi tema ‘Anak Selangor Anak Kita’, Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor bermatlamat untuk mewujudkan golongan kanak-kanak yang terpelihara dari sudut hak, kebajikan, akses kepada sumber dan pembangunan potensi

“Menerusi dasar ini, perlindungan dan keselamatan kanak-kanak turut ditekankan dalam ‘Domain 8’ yang antaranya bermatlamat mewujudkan persekitaran dan komuniti yang selamat untuk didiami keluarga dan kanak-kanak,” katanya.

Katanya sembilan tindakan yang dirancang, antaranya mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis untuk meningkatkan rondaan di sekitar kawasan taman permainan dan rekreasi kanak-kanak.

“Begitu juga menempatkan pengawal keselamatan khusus bagi memantau kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas di tempat berisiko,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings