the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Kod Etika Wartawan akan terus pertahan kebebasan bersuara media

PUTRAJAYA: Kebebasan bersuara dalam kalangan media akan terus dipertahankan dengan peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata kod etika itu telah wujud sejak 1989 dan ia kini ditambah baik bagi tujuan meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.

“Kita hanya menambah baik, memandangkan ada beberapa perkara sebagai contoh kita teliti, perkara ke lapan, wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan dan antara perkara itu adalah (perkembangan) teknologi,” katanya kepada media selepas melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia di sini hari ini.

Kod Etika Wartawan Malaysia itu merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan ia menggarap lapan etika utama.

Lapan etika berkenaan adalah wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk; wartawan hendaklah telus dan berintegriti; wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi, dan pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi.

Etika lain adalah kesahihan dan ketetapan maklumat; wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber; wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.

“Saya secara peribadi bersama Kementerian dan juga JaPen, cukup cakna, dan pada masa yang sama merasakan perubahan-perubahan teknologi yang berlaku mendatangkan kesan kepada industri ataupun syarikat-syarikat media.

Fahmi juga berkata melihat kepada situasi sekarang, penerima maklumat adalah dalam kalangan mereka yang membaca berbanding yang menonton kandungan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings