the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Rakyat Malaysia boleh guna PADU tanpa was-was

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tanpa ragu-ragu atau risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar).

Beliau yang merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pembangunan sistem tersebut yang turut melibatkan beberapa entiti penting seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menunjukkan aspek keselamatan siber dititikberatkan.

“JPDP adalah jabatan yang sangat proaktif untuk pastikan cara simpanan data itu tertib dan ikut undang-undang, gerak kerja mereka sangat rapi.

“Saya rasa rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem PADU tanpa was-was, tanpa ragu-ragu dan tanpa sebarang rasa risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PADU yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Fahmi berkata PADU sebagai ‘pengubah keadaan’ akan menjadi satu anjakan budaya dan memudahkan kerajaan untuk merangka dasar dan gerak kerja bersesuaian terutamanya untuk membantu rakyat.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PADU merupakan suatu pangakalan data keterhadapan yang akan membantu kerajaan melakukan penjimatan dan memastikan rakyat yang berhak mendapat subsidi.

“Subsidi kita (Malaysia) tersasar suatu ketika dahulu dan harus kembali ke landasan bagi menentukan hanya yang berhak memperoleh subsidi,“ katanya.

Ahmad Zahid berkata PADU harus dilaksanakan segera supaya penjimatan dapat dilakukan agar lebih banyak program pembangunan dapat disalurkan melalui penjimatan itu.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata pelancaran PADU merupakan detik bersejarah penting bagi negara ke arah pelaksanaan transformasi digital.

“Amat penting untuk kita pastikan semua dapat kerjasama untuk kemas kini maklumat terkini dalam sistem PADU. Bagi pihak kementerian, kita menyokong penuh inisiatif Kementerian Ekonomi ini,”katanya.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke pula berkata Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kini mempunyai tanggungjawab lebih penting untuk memastikan rakyat di kawasan mereka mengemas kini data PADU.

“PADU merupakan satu kelebihan apabila ada satu pangkalan data, ia membolehkan bantuan dapat disalurkan dengan lebih baik.

“Ini perlukan usaha daripada barisan hadapan khususnya MP dan ADUN kena sama-sama membantu di kawasan masing-masing untuk kemas kini info dan maklumat orang ramai,” katanya yang juga Ahli Parlimen Seremban dan ADUN Chennah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings