the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Tohmahan PM lemah dalam isu Palestin berniat jahat

PUTRAJAYA: Tohmahan beberapa pihak terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah beliau lemah dalam isu Palestin adalah berniat jahat, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (gambar).

Beliau berkata penglibatan Anwar dalam isu itu amat jelas apabila mengambil bahagian dalam beberapa siri rundingan di peringkat antarabangsa selain berikhtiar bersungguh-sungguh untuk mencari penyelesaian bagi konflik tersebut berlandaskan undang-undang.

“Perdana Menteri juga telah menyanggah beberapa perkara tentang fitnah yang dibuat oleh pihak tertentu terhadapnya seolah-olah beliau lemah dalam isu Palestin sampai ada grafik yang mengaitkan beliau dengan logo atau bendera Israel.

“Ini bagi saya adalah satu tohmahan yang bersifat jahat,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar turut memberi amaran di Dewan Rakyat bahawa beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengaitkannya dengan Israel, mengeluarkan kenyataan biadap dan melanggar tatasusila selain menyeru semua parti dan rakyat agar bersolidariti dalam isu Palestin serta tidak mempermainkan ia sebagai bahan politik.

Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, turut menjelaskan bahawa kenyataan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada 24 Okt lepas telah disalah tafsir oleh beberapa pihak seolah-olah kerajaan mencadangkan untuk mengeluarkan rakyat Palestin ‘secara fizikal’ dari Gaza.

“Beliau berkata kerajaan hendak keluarkan rakyat Palestin dan ayat ini telah disalah tafsir. Apa yang dimaksudkan ialah keluarkan mereka daripada kesempitan serta kesengsaraan yang mereka hadapi akibat konflik… PM juga telah sebut dengan jelas hari ini (di Dewan Rakyat) bahawa itu bukan maksud Menteri Dalam Negeri,” katanya.

Beliau juga berkata KKD akan mengadakan penilaian kad laporan dalaman terhadapnya sempena setahun menggalas tanggungjawab agar penambahbaikan dapat dilakukan

Justeru, Fahmi meminta semua warga KKD mengisi kad laporan terhadap beliau bagi mendapatkan pandangan ikhlas serta menilai prestasi kerjanya dan pasukan selepas setahun mengemudi kementerian ini.

Fahmi, yang meminta Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa menguruskan perkara itu, berkata tindakan tersebut bukan untuk mencari kesalahan sebaliknya melihat aspek yang perlu ditambah baik melalui penilaian oleh warga kementerian berkenaan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings