the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Filem ‘Oppa’ bantu PDRM banteras jenayah scam

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalinkan kerjasama dengan Dream Film Sdn Bhd bagi menerbitkan filem kesedaran mengenai jenayah scam bertajuk ‘Oppa’.

Penolong Pengarah (Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Supt Mohd Faizal Zainal berkata filem itu diadaptasikan daripada kisah benar mengenai penipuan cinta dalam talian atau love scam.

“Kita di PDRM sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk pencegahan kepada masyarakat terutamanya dalam mekanisme yang berbeza. Selama ini kita beri pencegahan dalam bentuk konvensional seperti melalui sesi ceramah atau pemaparan video klip.

“Tetapi, kali ini kita bertukar ke arah hiburan kerana kita percaya masyarakat lebih dekat dan terhibur serta mudah tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan (menerusi medium hiburan) seterusnya bersama-sama PDRM membantu dan mencegah serta membanteras ‘scammer’ keseluruhannya,” katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran filem Oppa baru-baru ini.

‘Oppa’ mengisahkan seorang guru sekolah rendah yang mendambakan cinta dan bertemu jejaka idamannya di dunia maya tanpa menyedari dirinya diperdaya oleh sindiket love scam.

Lebih menarik, filem berdurasi 90 minit itu yang menelan kos hampir RM2 juta turut dilakonkan oleh lebih 50 pegawai dan anggota polis sebenar termasuk Mohd Faizal.

Menurutnya cabaran yang dihadapi mereka adalah perlu menghasilkan skrip yang bersesuaian berdasarkan garis panduan yang diberikan, agar lakonan yang ditonjolkan tidak terlalu kaku atau terlalu berlebihan sehingga melanggar protokol jabatan mereka.

“Sudah tentu ia (berlakon) sesuatu yang sukar kerana bidang ini bukan ‘forte’ kami…dalam satu babak jika pelakon profesional mungkin hanya perlu dua atau tiga ‘take’, tetapi kami sampai 30 ‘take’ perlu dibuat.

“Kita minta maaf kepada penerbit filem kerana sabar melatih kami supaya dapat menonjolkan yang terbaik dalam filem ini.. kita cuba buat sehabis baik… itu yang membuatkan kami bersemangat tinggi,” katanya.

Pada masa sama, Faizal turut berharap filem itu dapat mendidik masyarakat untuk lebih cakna mengenai jenayah scam yang berlaku secara meluas dalam masyarakat.

Sementara itu, pengarah filem Choong Lin Loong, 44, berkata peningkatan jumlah mangsa kes jenayah scam memberinya inspirasi untuk menghasilkan filem berkenaan.

“Hasil bacaan saya, semua jenayah scam ini modus operandinya hampir sama tetapi kenapa masih ada lagi yang menjadi mangsanya? Saya buat filem ini bukan hanya mahu mengejar keuntungan tetapi bertujuan memberi kesedaran,“ katanya.

Pada masa sama, Choong optimistik filem itu akan mendapat sambutan walaupun hanya mengetengahkan bakat baharu termasuk pelakon dari Korea Selatan, TaeOh Jang.

“Kita menjalankan sesi uji bakat terbuka dalam mencari pelakon bersesuaian… asalnya dalam sesi uji bakat itu kita juga ingin mencari seseorang yang wajahnya persis jejaka tampan dari Korea Selatan, namun tidak menemuinya.

“Mujurlah, kita ada kenalan dengan agensi pengurusan artis dari Korea Selatan dan meminta bantuan daripadanya dengan syarat bakat baharu itu perlu fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris,” katanya.

Selain TaeOh Jang, buah tangan pertama Dream Film Sdn Bhd itu turut menampilkan penyanyi dan pempengaruh Jacqueline Goh, Lee Qi, Amanda Tan dan Sadiq M Jamil dan dijangka menjengah pawagam tempatan Mei ini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings