the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hamidin harap Tze Yong sempat pulih untuk buru slot Paris 2024

PETALING JAYA: Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin berharap pemain badminton perseorangan lelaki kebangsaan, Ng Tze Yong (gambar) dapat pulih dari kecederaannya supaya dapat meneruskan pemburuan tiket ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Beliau berharap, pemain berusia 23 tahun itu dapat melayakkan diri bersama-sama pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia ke Paris 2024 yang bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

“Kita harap beliau dapat kembali pulih secepat yang mungkin (untuk beraksi dalam kejohanan kelayakan),” katanya selepas bertemu atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif di sini, hari ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Sabtu lepas mengumumkan bahawa, Tze Yong tidak akan menyertai Terbuka Perancis yang bermula dari 5 hingga 10 Mac dan All England dari 12 hingga 17 Mac ini untuk menjalani pembedahan di bahagian belakangnya pada minggu ini.

Pembedahan berkenaan dijangka akan mengetepikan Tze Yong daripada beraksi di gelanggang selama dua hingga enam minggu dan tempoh kelayakan ke Paris 2024 akan berakhir pada 28 April.

Impian Tze Yong untuk beraksi di Olimpik sukar dipastikan selepas mengalami kecederaan otot bawah belakangnya semasa Kejohanan Terbuka Malaysia bulan lepas, diikuti masalah tulang belakang semasa beraksi dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) baru-baru ini.

Sesebuah negara hanya boleh mempunyai dua wakil dalam acara perseorangan, jika kedua-dua pemain berada pada kedudukan 16 teratas dunia dalam ranking “Race to Paris” menjelang tempoh akhir kelayakan, dengan Zii Jia kini menduduki ranking ke-10, sementara Tze Yong di ranking ke-15 tetapi menghadapi risiko kehilangan kedudukan itu jika beliau terus tidak beraksi dalam kejohanan kelayakan.

Sementara itu, Hamidin berkata walaupun atlet seperti pelayar Nur Shazrin yang layak bagi acara ILCA 6 wanita, penerjun Bertrand Rhodict Lises (10m platform lelaki) dan pemanah Ariana Nur Dania Mohamad Zairi (recurve wanita) tidak berada dalam program “Road to Gold” (RTG), kesemua sokongan yang diperlukan oleh mereka diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Menteri (Hannah Yeoh) sangat prihatin terdapat atlet, mereka tetap mendapat bantuan menerusi MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara) dan MOM (Majlis Olimpik Malaysia) walaupun bukan dalam RTG. Selain buru emas, kita juga mahu cari seberapa banyak pingat yang lain kerana saiz kontinjen semakin mengecil selepas beberapa atlet gagal layak.

Saya, sebagai orang sukan, melihat potensi besar dan karakter pada Bertrand dan Ariana, yang kedua-duanya baru berusia 19 tahun. Mereka masih muda, sekiranya digilap dengan baik, mereka boleh menjadi sandaran utama pada Olimpik Los Angeles 2028 dan temasya-temasya utama yang lain,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PM Anwar urges support for Malaysian Muay Thai title bid

KUALA LUMPUR, July 22 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on Malaysians to rally behind national Muay Thai athlete Ahmad Nor Iman Aliff Rakib as he prepares to challenge for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday.In a Facebook post today, Anwar said Ahmad Nor Iman Aliff has the opportunity to make history as the first Malaysian combat sports athlete to qualify for a shot at the world title."Let us all give our full support to Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, who will be competing for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday."May you continue to raise Malaysia's name on the world stage and inspire the younger generation to achieve success at the highest level," he said.Ahmad Nor Iman Aliff will face Thai Muay Thai legend Sam-A Gaiyanghadao for the title at Lumpinee Stadium in Bangkok.

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings