the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Indonesia terus hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza

JAKARTA: Indonesia menghantar dua pesawat sarat dengan 21 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Isnin, termasuk bekalan perubatan penting dan peralatan perubatan hospital.

Fasa kedua bantuan dari Indonesia ke Gaza selepas penghantaran pertama dilakukan pada 4 Nov lepas.

Presiden Joko Widodo (gambar) berkata bantuan bernilai 31.9 bilion rupiah atau US$2.07 juta itu dibiayai melalui gabungan peruntukan bajet kerajaan dan sumbangan daripada syarikat, orang awam dan organisasi kemanusiaan.

“Sama seperti fasa pertama, pesawat akan meneruskan penerbangannya ke Lapangan Terbang El Arish di Mesir dan bantuan itu kemudiannya diedarkan ke Gaza,“ katanya.

Penghantaran bantuan pertama membawa keperluan penduduk Palestin seperti makanan, peralatan perubatan, selimut, khemah dan sokongan logistik.

Presiden turut menegaskan komitmen Indonesia bukan sahaja untuk menyediakan bantuan kemanusiaan segera tetapi juga untuk memberikan sokongan politik berterusan kepada Palestin.

Beliau menegaskan Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi kini berkhidmat sebagai seorang daripada utusan khas Pertubuhan Kerjasama Islam.

Presiden itu berkata Retno secara aktif berinteraksi dengan beberapa negara untuk mendapatkan sokongan bagi menghentikan segera keganasan di Gaza, gencatan senjata segera selain penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings