the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut – Saksi

KUALA SELANGOR: Tindakan pantas seorang pemancing menghubungi talian kecemasan 999, membolehkan langkah menyelamat dapat dilakukan segera dalam kejadian helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pendaratan cemas di Perairan Pulau Angsa, di sini pagi tadi.

Mengimbas detik cemas itu, Mohd Riduan Kulop Ahmad, 38, berkata ketika kejadian beliau bersama tujuh lagi rakan sedang memancing, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Beliau berkata dia dan rakan-rakan terkejut serta cemas, apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.

“Melihat kejadian itu saya terus menghubungi talian kecemasan 999, untuk memaklumkan pihak berkuasa mengenai kejadian itu.

Tidak lama kemudian saya lihat ada pihak yang datang menyelamatkan mereka yang berada di dalam helikopter tersebut,” katanya menerusi satu video ringkas yang dikongsi dengan media hari ini.

Awal pagi tadi tersebar video tular dan foto mengenai sebuah pesawat terhempas ke laut, sebelum Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin mengeluarkan kenyataan mengesahkan helikopter jenis AW 139 dengan nombor pendaftaran M72-01 milik APMM, melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa.

Maklumat awal insiden menimpa pesawat yang dikendalikan Leftenan Komander Maritim Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan Leftenan Komander Maritim Mohamad Azrol Saidi bersama dua lagi kru itu, diterima menerusi panggilan MERS 999 oleh pemancing yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Susulan itu, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya pada jam 10:15 pagi.

Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan tempatan, sebelum diterbangkan dengan pesawat AS 365 N3 ke Stesen Udara Maritim Subang. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings