the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun di kawasan Taman Johor Jaya di sini, kelmarin.

Ketua Polis Johor CP M Kumar (gambar) berkata pihaknya menerima laporan mangsa pada jam 9.21 malam pada hari kejadian sebelum suspek berusia 29 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian ditahan pada hari sama jam 11 malam di sekitar kawasan Bandar Seri Alam.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 6 petang.

“Polis turut merampas telefon bimbit beserta kad sim suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu. Suspek direman mulai semalam hingga Ahad ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat jika sabit kesalahan.

“Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses penyiasatan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings