the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jasmine Loo belum buat laporan polis mengenai ancaman daripada Jho Low

KUALA LUMPUR: Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau belum membuat laporan polis terhadap ancaman yang diterima daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (gambar) atau Jho Low semasa bertahun-tahun bersembunyi sejak 2018.

Jasmine Loo Ai Swan, 50, berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkenaan mengapa beliau tidak membuat sebarang laporan polis selepas menerima ancaman daripada Jho Low ketika berada di Thailand.

“Seperti, saya katakan sebelum ini, saya berada dalam ancaman dan sebarang pergerakan saya dipantau rapi.

Saya tidak mahu membahayakan diri saya dengan melakukan sebarang gerakan bertentangan dengan arahan Jho Low, itulah sebab saya tidak ke mana-mana,” katanya.

Muhammad Shafee kemudian bertanya kepada saksi pendakwaan ke-50 itu sama ada beliau membuat laporan polis selepas pulang ke Malaysia.

Loo berkata:”Belum lagi, saya akan mendapatkan nasihat peguam saya.”

Terdahulu, Loo mengakui Jho Low merupakan kawan baiknya dan beliau menerima hadiah mahal daripada ahli perniagaan itu termasuk sebuah beg tangan Hermes dan seutas jam tangan Richard Mille yang telah diserahkan kepada kerajaan.

Muhammad Shafee kemudian berkata saksi berkenaan selalu menyertai Jho Low dalam banyak aktiviti yang menyeronokkan seperti bercuti di Las Vegas, Amerika Syarikat, berjudi, menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014 di Rio de Janeiro, Brazil dan berpesta dengan selebriti termasuk Adriana Lima dan Leonardo Di Caprio, semuanya yang ditaja sepenuhnya ahli perniagaan itu.

Loo bersetuju dengan cadangan itu dan berkata itu semua merupakan perkara biasa dilakukan antara kawan rapat.

“Dia (Jho Low) adalah seorang yang bersuara amat lembut jadi dia tidak menggunakan bahasa kasar sehingga 2015, 2016, bila dia kelihatan sedikit menjengkelkan,” katanya.

Muhammad Shafee mencadangkan kepada saksi bahawa Jho Low menjadi seorang yang menjengkelkan pada 2015 selepas skandal 1MDB didedahkan kepada umum dan Loo setuju dengan cadangan beliau.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Sequerah bersambung 14 Mac ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings