the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jenazah M Daud Kilau selamat dikebumikan

BAGAN DATUK: Jenazah penyanyi legenda, Allahyarham Datuk M Daud Kilau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh di sini pada 2.30 petang ini.

Cuaca baik mengiringi upacara pengebumian di kawasan perkuburan itu yang dihadiri kenalan rapat, saudara mara dan penduduk setempat.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tuminah Hamidi l di sini yang diimamkan oleh imam masjid, Zulfadil Ismail serta kira-kira lebih 400 jemaah.

Sementara itu, Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) Datuk DJ Dave menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri seni tanah air.

“Saya dan Allahyarham sudah kenal sejak 50 tahun lalu. Kami banyak menyanyi dan sepentas bersama. Semasa aktif, arwah suka menjahit baju labuci yang dipakainya sekiranya perlu diubah suai ketika berada di belakang pentas.

“Sejak tiga tahun lalu YKAT memberi pencen berjumlah RM500 kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya dalam industri seni,“ katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, cucu Allahyarham, Norhasliyana Hassan, 33, berkata beliau akan merindui dendangan lagu Cek Mek Molek yang sering dinyanyikan arwah datuknya menerusi panggilan telefon sebelum ini.

“Sepanjang hayatnya, atuk tidak kisah jika kami buat bising ketika di rumah, malah beliau tidak pernah memarahi kami. Saya akan merinduinya,“ katanya dalam nada sebak.

Norhasliyana berkata kesihatan arwah datuknya mula merosot sejak Mac lepas dan sering keluar masuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Katanya mengikut perancangan, mereka sekeluarga mahu membawa Allahyarham ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan susulan namun tidak kesampaian.

Allahyarham M Daud Kilau, 85, disahkan meninggal dunia pada 4.46 petang semalam akibat jangkitan kuman dalam darah semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Semalam, anak sulung Allahyarham, Noraini Muhammad Daud, 58, berkata sepatutnya arwah bapanya perlu menjalani pembedahan kaki akibat jangkitan kuman namun terpaksa ditangguhkan.

Noraini berkata pembedahan itu ditangguhkan disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin merosot akibat menghadapi pelbagai komplikasi penyakit antaranya jangkitan kuman dalam darah, sakit jantung, kencing manis dan masalah buah pinggang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Rohani Awang Ngah, 66, dan dua orang anak iaitu Noraini dan Ahmad Zaini, 52, serta sembilan cucu dan dua cicit.

Penyanyi lagu malar segar, Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings