the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKDM Kelantan rampas lebih 13,000 kg ayam beku

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 13,350 kilogram ayam beku bernilai hampir RM100,000 termasuk cukai di Kampung Pulau Tebu, di sini, semalam.

Pengarah JDKM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata kesemua ayam beku itu ditemukan kira-kira 8 pagi, di dalam dua lori yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan.

“Berdasarkan intipan, ayam beku berkenaan disyaki diperoleh dari negara jiran dengan dibawa masuk menggunakan perahu.

“Kesemua ayam beku itu kemudian dipunggah menggunakan kenderaan lebih kecil termasuk kenderaan penumpang atau pacuan empat roda sebelum diisi ke dalam lori,” katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Padang Bongor di sini hari ini.

Beliau berkata ayam beku yang diragui status halalnya itu dipercayai untuk pasaran tempatan selain berkemungkinan dihantar ke Lembah Klang.

Wan Jamal Abdul Salam berkata ayam beku diklasifikasikan sebagai barang larangan import yang tertakluk di bawah Butiran 1 Jadual Ketiga Bahagian I Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Kes katanya sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 termasuk mengenal pasti pemilik barang dagangan yang dirampas itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings