the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dari tingkat 21 kondominium

SERDANG: Kanak-kanak lelaki warga asing berusia lima tahun maut selepas terjatuh ke dalam kolam renang dari tingkat 21 sebuah kondominium di Bandar Putra Permai di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan (gambar) berkata mangsa merupakan warga Yaman dan kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar kolam renang yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu.

“Pengawal keselamatan itu melihat baju dalam kolam renang sebelum menyedari mangsa terapung dan melaporkan kejadian berkenaan kepada penyelianya,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 2.22 petang hari yang sama.

Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah kaki kiri dan terdapat pendarahan di telinga dan hidung.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa ibu bapa mangsa berada di bilik tidur manakala mangsa di ruang tamu. Polis tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh dari tingkap di ruang tamu,“ katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings