the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam Johor rampas rokok keretek, putih seludup bernilai RM1 juta

ISKANDAR PUTERI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas 2.35 juta batang rokok keretek dan putih dipercayai diseludup bernilai RM1 juta dalam serbuan di sebuah kedai di Shah Alam, Selangor pada 9 Jan lepas.

Pengarah Kastam negeri Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata serbuan dilakukan Unit Bahagian Penguatkuasaan Kastam Johor susulan laporan yang diterima berhubung premis itu yang dipercayai dijadikan sebagai stor penyimpanan rokok tidak bercukai.

“Dipercayai, rokok terbabit diseludup dari negara jiran Indonesia. Usaha bagi mengesan pemilik premis berkenaan juga sedang giat dilakukan,” katanya pada sidang media di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata operasi itu tidak melibatkan sebarang tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, dalam kes berlainan, Aminul Izmeer berkata pihaknya menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki mengedar dadah melibatkan rampasan sebanyak 14 kilogram methamphetamine bernilai RM542,709 di Durian Tunggal, Melaka pada 14 Feb lepas.

Beliau berkata kesemua dadah itu disembunyikan di dalam 14 bungkusan yang diletakkan di dalam sebuah kereta Toyota Vios.

“Selain bungkusan itu, ada juga tiga bungkusan gula seberat tiga kilogram dan dua bungkusan bahan kimia barium sulfat seberat dua kilogram di dalam kereta berkenaan.

“Dipercayai, modus operandi kes ini ialah membawa dadah menggunakan kenderaan bersama (barang lain seperti) gula untuk mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings