the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam Zon Tengah rekod kutipan hasil RM3b pada 2023

SEPANG: Kutipan hasil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah bagi 2023 mencecah RM37.7 bilion, melepasi sasaran awal RM36.85 bilion.

Penolong Ketua Pengarah Kastam JKDM Zon Tengah Norlela Ismail (gambar) berkata daripada jumlah itu, Zon Tengah Unit II (Selangor) menyumbang kutipan tertinggi iaitu RM19.7 bilion, diikuti Zon Tengah Unit I (Kuala Lumpur) dengan RM14.3 bilion dan Zon Tengah Unit III (KLIA) RM3.7 bilion.

“Bagi kes penyeludupan, JKDM Zon Tengah telah berjaya menumpaskan kes seperti kes rokok, minuman keras dan lain-lain melalui 1,185 kes rampasan berjumlah RM77 juta dengan nilai cukai dianggarkan RM105 juta.

“Selain itu, dianggarkan sebanyak RM4 juta berjaya diperoleh hasil dari jualan tender kenderaan secara bersepadu melibatkan 143 kenderaan yang telah dilucut hak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norlela berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 210 kes tangkapan telah dibuat melibatkan nilai RM14 juta dengan duti cukai dianggarkan RM10 juta.

Beliau dalam pada itu berkata orang ramai diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dadah dan lain-lain barangan seperti rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubungi talian bebas tol kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam yang terdekat di semua negeri.

Pihak JKDM memberi jaminan identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan, katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings