the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kawasan di Tampin, Jempol rekod tanpa hujan 13 hari berturut-turut

SEREMBAN: Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol merekodkan ketiadaan hujan hingga 13 hari berturut-turut akibat fenomena El Nino kali ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar).

Beliau berkata kawasan itu ialah Pusat Ternakan Haiwan Jelai dan Felda Palong Lima yang mengalami cuaca kering tanpa hujan selama 13 hari berturut-turut, diikuti Gemencheh (10 hari), manakala Kuala Pilah dan Jelebu merekodkan 10 hari tanpa hujan hingga dua hari lepas.

“Status panas di negeri ini berada pada tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tiga hari berturut-turut iaitu di Seremban, Jelebu, Rembau dan Tampin. Semua pihak di setiap daerah diminta menghentikan pembakaran terbuka yang boleh meningkatkan suhu persekitaran.

“Orang ramai juga diingatkan agar mengurangkan aktiviti luar, utamakan penjagaan kesihatan terutamanya ketika menjalani ibadah puasa ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya empangan di negeri ini serta air sungai masih cukup dan terkawal selain tiada laporan diterima daripada pesawah yang terjejas akibat cuaca panas.

Sementara itu, Aminuddin berkata kerajaan negeri membenarkan semua penjawat awam wanita termasuk bukan Islam di negeri ini pulang seawal 2 petang pada setiap Jumaat bermula minggu ini selaras dengan pelaksanaan waktu bekerja fleksi khas Ramadan kali ini.

Menurutnya pekerja wanita yang memulakan tugas pada 7.30 pagi tidak perlu keluar berehat dan setelah selesai kerja mereka boleh pulang ke rumah masing-masing pada masa ditetapkan tersebut.

“Pengurusan kaunter di jabatan dan agensi di negeri ini fleksible dan tidak akan terjejas, selepas mereka tamat waktu kerja pekerja lelaki akan mengambil alih tugas tersebut,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings