the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KDN, KSM bermesyuarat 16 Jan, rangka formula urus pekerja asing dengan berkesan

PUTRAJAYA: Mesyuarat antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada 16 Jan ini akan merangka formula dalam pengurusan pekerja asing yang lebih berkesan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Mengulas isu kemasukan pekerja asing, termasuk yang tidak diberi pekerjaan, beliau berkata mesyuarat itu akan mengemukakan dasar baharu kepada Jemaah Menteri supaya isu pekerja asing diuruskan dengan baik.

“Soal majikan bawa masuk pekerja tapi tiada pekerjaan, tidak patuh undang-undang sedia ada, termasuk Akta Imigresen, Akta Pasport dan Akta Kerja akan menjadi tumpuan pada 16 Jan ini,“ katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan KDN di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata Pusat Data Sains diwujudkan secara dalaman untuk melakukan analisis ke atas data-data yang dikumpul agensi di bawah KDN supaya dapat memberi input dalam menggubal dasar baharu serta jawapan tepat kepada pemasalahan.

“Data itu kalau kekal sebagai raw data, dia tidak ada apa-apa makna. Berapa banyak laporan polis sebulan… 359,000 tapi kalau kita analisis data itu, menjadikan ia sebagai data granular kita boleh tahu dengan lebih tepat dan mendalam,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings