the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KDNKA rekod nilai rampasan hampir RM1b dalam pelbagai operasi tahun lepas

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman merekodkan nilai rampasan sebanyak RM979.89 juta menerusi pelbagai operasi membanteras aktiviti penyeludupan serta penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi yang dijalankan tahun lepas.

Pengarahnya Datuk Seri Hazani Ghazali (gambar) dalam kenyataan di sini hari ini berkata dalam tempoh sama, sebanyak 5,646 tangkapan telah dibuat menerusi 7,355 kes yang dilaporkan.

Beliau berkata kejayaan itu dicapai antaranya menerusi Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan nilai rampasan sebanyak RM384.23 juta, diikuti Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/ Perisikan Siasatan Khas sebanyak RM301.84 juta, Pasukan Polis Marin (RM254.33 juta) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (RM37.83 juta).

Selain itu, Hazani berkata KDNKA juga akan meningkatkan dan memperkukuhkan keselamatan negara berpaksikan tiga fokus utama bagi tahun ini.

Tiga fokus berkenaan adalah mengenai ancaman keselamatan dengan memperkukuhkan penguatkuasaan keselamatan di sempadan negara dan perolehan aset-aset moden dan bagi fokus kedua iaitu menjamin keselamatan khazanah negara dan keterjaminan sekuriti makanan, KDNKA akan memperkasakan jaringan kolaborasi antara dan dalam agensi.

Fokus ketiga iaitu keselamatan perbatasan dan pemantauan penguatkuasaan undang-undang darat dan maritim, jabatan itu akan mewujudkan pangkalan operasi hadapan di kawasan keselamatan dan mengadakan kerjasama dengan jabatan berkaitan berhubung keselamatan di sempadan negara Thailand, Filipina dan Indonesia.

Dalam pada itu, beliau berkata operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain akan terus dijalankan dari semasa ke semasa selain menyeru kerjasama orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah kepada polis. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings