the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KEB: Galak lepasan tahfiz pilih TVET sebagai kerjaya utama

PUTRAJAYA: Melonjakkan penghasilan huffaz berkemahiran dalam bidang pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara tidak langsung menggalakkan mereka memilih bidang itu sebagai kerjaya utama, merupakan antara empat resolusi dibentangkan pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di sini hari ini.

Pengerusi Kumpulan TVET Pilihan Kerjaya Utama Datuk Shamsuddin Amran (gambar) berkata pada masa ini, lepasan tahfiz dilihat bertambah kerana banyak ibu bapa berminat memasukkan anak mereka ke pusat tahfiz namun, selepas tamat belajar tidak ramai daripada mereka memilih bidang TVET sebagai kerjaya.

“Kami melihat antara faktor menyebabkan lepasan tahfiz tidak berminat memasuki bidang ini kerana pemikiran ibu bapa dan mudir untuk tidak terlibat dengan program TVET dan bertumpu kepada hafazan sahaja.

“Selain itu, sistem pembangunan kurikulum di institusi tahfiz yang hanya berfokus kepada PdP (pengajaran dan pembelajaran) menghafaz dan tiada laluan pendidikan dan kerjaya yang jelas untuk lepasan tahfiz TVET, juga merupakan punca kenapa tidak ramai mahu terlibat dengan TVET,” katanya.

Justeru, Shamsuddin yang juga Ketua Operasi Kumpulan Bermaz Auto Bhd berkata antara perkara dicadangkan kepada kerajaan bagi menggalakkan lepasan tahfiz memilih bidang TVET sebagai kerjaya utama termasuk mewujudkan penjenamaan baharu kerjaya dalam tahfiz TVET iaitu teknofaz dan menambah baik ekosistem pelaksanaan tahfiz TVET yang lebih menyeluruh.

“Bagi melahirkan graduan berkemahiran dan huffaz atau tahfiz TVET, pelbagai inisiatif harus dipergiat bagi meningkatkan kualiti dan mengekalkan kerelevanan TVET khususnya kepada pelajar yang mempunyai kelebihan menghafal dan menghayati al-Quran dan memiliki kemahiran teknikal sesuai dengan keperluan industri, pasaran kerja dan menjadi pilihan kerjaya utama.

“Inisiatif ini juga sekali gus dapat membina pembangunan sahsiah diri pelajar huffaz di samping dapat melahirkan graduan huffaz yang profesional dan berkemahiran,” katanya.

Beliau berkata graduan huffaz yang mempunyai sijil kemahiran menjadi pilihan industri disebabkan mereka dilengkapi dengan kemahiran insaniah dan kemahiran yang tinggi.

Sementara itu, tiga resolusi yang dibentangkan Shamsuddin pada KEB 2024 ialah meningkatkan tenaga kerja profesional dan kompeten bumiputera berasaskan TVET; meningkatkan penglibatan bumiputera dalam kerjaya berkemahiran dan berpendapatan tringgi; dan merancakkan pembangunan teknousahawan bumiputera. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings